Saturday 31 December 2011

Si Mulia...

           Assalamualaikum buat para khalifah bumi.......  n_n

              Hmm......Apa khabar iman anda??korang???kamu????    Tak perlu jawab,tepuk dada,tanya pd diri sendiri,hanya empunya diri & si Dia saja yg lebih mengetahuinya...Em,masa sentiasa bergerak,,dr tahun ke tahun..dr bulan ke bulan..dr hari ke hari...dan sampailah saat kini....umur pula semakin meningkat,rindu pula zaman persekolahan,suasana di kelas & waktu pembelajaran....teringat pula kerenah sahabat2 dan telatah guru2 yg mencuit hati....  Y_Y

               Hmm...cakap pasal guru,kali ni saya nk kongsikan pengalaman saya tentang org yg telah menjadi idola saya secara diam2 sebenarnya...hmmm....dialah Si Mulia itu,cikgu saya,guru Physics saya sendiri,cikgu Zaidie bin Che Din..cikgu saya ni kecil sikit orgnya,tapi pemikiran dan jiwanya betul2 membuatkan saya teruja setiap kali beliau masuk ke kelas.Sejujurnya saya cakap,saya tak pernah mengantuk sewaktu beliau mengajar.Cikgu Zaidie ni,selain mengajar saya dan sahabat2 lain subjek Physics tu,beliau selalu sampaikan sedikit pesanan & beberapa tazkirah percuma kepada kami...dan setiap kali tazkirah cikgu,saya mesti tumpu & fikir balik kata2 cikgu.Antara kata cikgu yg saya tak pernah lupa..& takkan lupa,insyaAllah.....semasa beliau menerangkan pd kami maksud yg tersirat di sebalik Surah An-Nasr....Sebelum ni,saya hanya sekadar tahu terjemahannya shja..tapi setelah cikgu menerangkan maksdnya,saya rasa seronok sangat..dan saya tengok.sahabat2 saya yg lain turut teruja.

Dengan Nama Allah Yg Maha Pemurah Lg Maha Penyayang...Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan....(1) dan kamu lihat manusia masuk agama Allah dengan berbondong-bondong..(2)  Maka bertasbihlah dgn memuji Tuhanmu dan mohonlah keampunan daripadaNya,sesungguhnya Dia adalah Maha Penerima Taubat...  (3)     Hmmm...surah ni menceritakan tntg usaha Nabi Muhammad SAW dan umat Islam yg lain untuk menyebarkan agama Islam...mereka tdk pernah jemu..bahkan tidak prnh berhenti untuk menyampaikan pd manusia tntg ajaran yg benar ini..dan mereka yakin,Allah sentiasa bersama mereka,  setelah itu...Allah menurunkan hidayah kpd org2 yg dikehendakiNya dan masuklah mereka secara beramai-ramai dlm agama Islam..dan mereka bersyukur kpd kurniaan Allah itu.. bahkan,andai mereka tersasar..mahupun terjatuh serta mengikut hasutan syaitan,mereka memohon ampun kepada yg Maha Penerima Taubat...

         Cikgu Zaidie menerangkan dgn penuh perasaan pada wktu tu,bahkan..sebahagian drpd kami ada yg mengalirkan air mata...dan cikgu berpesan pd kami,jadilah umat Islam yg berusaha..cikgu memberi kami semangat utk belajar bersungguh-sungguh,,beliau mengingatkan kami agar tdk berputus asa wlupun keputusan yg kami dpt tdk begitu baik..cikgu menyuruh kami berusaha..berusaha dan berusaha...dan jgn berhenti meminta drpd Allah..krn Dialah penentu kami....syukur dan sentiasa rasa kerdil pd Allah,itulah yg cikgu pesan pd saya dan sahabat2 lain.....Alhamdulillah....

         Cikgu..cikgu..beliau itu seorg yg sgt bersemangat..dan plg saya kagumi dgn beliau,beliau seorg yg sangat mementingkan masa dan.....seorang yg sgt menjaga..cikgu selalu cakap,setiap apa yg kita buat,,setiap saat...mahupun x nampak..tapi Allah sdg menilai..dan akan mempersoalkan di akhrat nnti.....cikgu ni,wktu mengajar dia akn bersemangat dan berusaha jgak wlu macam mna pun!! Kalau saya dan sahabat2 lain tak faham,beliau akan membri contoh,kdg2 sampai mnjadikan bahan2 buku atau apa2 brg milik kami seperti pensel case,botol air...kalau beliau "ter"ambil  brg2 tu tnpa sengaja,,setelah perasan dia akan minta maaf  byk2 kali dan selalu ulang ayat,,nnti Allah soal saya di akhrat...hmm,,cikgu..cikgu...

        Emm...guru itu adalah insan yg sgt2 mulia...susah nak cari manusia yg hidupnya tanpa guru..meskipun baru belajar A B C........Kerana seseorang yg menyampaikan itu,tugasnya amatlah berat dan terlalu mulia..Sebab itulah,kita perlu menghargai guru2 kita..setiap kali selepas guru mengajar,kita doakanlah utk kebaikan guru itu.....sedgkan Imam Syafie turut menghargai & begitu menghormati gurunya,walaupun beliau sudah berjaya dgn jayanya,beliau tak pernah meninggalkan gurunya.....sewaktu beliau menyampaikan tazkirah pada khalayak ramai,beliau akan memanggil gurunya utk duduk di sebelahnya..begitulah mcm mna seorg murid menghargai gurunya...macm mana pulak dgn kita???hmm...tugas kita sebgai seorang murid pd guru itu,takkan pernah berhenti..malah sehingga kita tua sekalipun...

      Hmm...akhir kata,jgn kita sekalipun menyakiti hati guru kita,wlu apa pun..kerana pada guru itu,,,,terdapatnya keberkatan...kerana mereka itu,,adalah Si Mulia..insyaAllah.....
"Buat cikgu Zaidie,terima kasih kerana mengajar saya,,hmm,,,walaupun agak lemah dlm Physics,tapi saya seronok apabila cikgu mengajar,hee....saya doakan moga2,kehidupan cikgu serta keluarga sentiasa diredai Allah dan dikurniakan limpahan rezeki dan rahmatNya...moga2 juga,jiwa dai'e cikgu tidak pernah berhenti..insyaAllah...terima kasih cikgu....."

                                                                          n_n

No comments:

Post a Comment