Sunday 18 December 2011

KAMU dah lahir...khalifah!!!! n_n

          Bermulalah segala-galanya daripada satu titik hitam,gelap,...dan kemudiannya titik itu pecah serta terburai isi kandungannya...isi-isi tersebut berselerakan dan tercampak sehingga terbentuknya satu ciptaan...lalu, lahirnya makhluk-makhluk bernama langit,matahari...bumi...serta lautan di sebuah kediaman yang digelar DUNIA...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...

Lalu,Dia menciptakan malaikat daripada cahaya...sebagai hamba yang setia untuk mengabdikan diri kepadaNya...Dia menciptakan iblis dan jin daripada apinya...lalu dihantarnya jin ke bumi untuk mentadbir serta mengimarahkan buminya...jin-jin mula bekerja,menjalankan amanah dan perintah Dia Yang Berkuasa.....namun,sebahagian daripada mereka telah melanggar hukum-hukumNya...sebahagian daripada mereka kufur kepadaNya...sebahagian daripada kalangan jin itu ada yang khianat terhadap perintahNya sehingga suatu hari,kemurkaanNya meletus...lalu Dia mengarahkan para malaikat untuk menghalau jin-jin itu dari bumi!!!Kesemuanya ketakutan yang amat lalu melarikan diri serta bersembunyi di gua-gua yang berdekatan..serta di hutan..dan akhirnya,bumi kehilangan pentadbirnya...

Kemudian,,,Dia bertanya kepada matahari,,
"Mahukah engkau menggantikan tempat jin-jin itu sebagai khalifah di bumi???"
Lalu matahari menjawab.."Ya Tuhanku,,aku tidak sanggup..itu terlalu berat untukku..."
Lalu Dia bertanya pula pada gunung.."Mahukah engkau menjadi khalifah di bumi???"
Namun,gunung turut menolak tawaranNya kerana tidak sanggup memikul tanggungjawab itu...
Dia bertanya juga pada si langit dengan soalan yang sama...namun langit turut menolak dengan alasan yang sama....semua makhluk yang ada masing-masing takut untuk membawa amanah yang ditawarkan oleh Dia Yang Berkuasa...sehingga itu,bumi masih tiada pemimpinnya...TIBA-TIBA..muncul satu suara berkata pada si Dia,"Ya Tuhanku,aku mahu menjadi khalifah di bumi..aku mampu melakukannya!!!""  dialah si roh manusia...

     Lalu,Allah berkata kepada malaikat.."Aku mahu menjadikan seorang manusia sebagai khalifah di bumi.."  malaikat terkejut lalu bertanya,"Ya Tuhan,bukankah manusia itu makhluk yang akan saling berbunuhan ??"   namun,Dia berkata,"Aku tahu apa yang engkau tidak tahu..."

     Setelah itu...lahirnya sudah makhluk yang bernama manusia..manusia pertama yang dipanggil ADAM..lalu diutus ke bumi sebagai seorang khalifah..dan dia juga adalah KAMU...

                                                                           n_n

No comments:

Post a Comment