Saturday 31 December 2011

Si Mulia...

           Assalamualaikum buat para khalifah bumi.......  n_n

              Hmm......Apa khabar iman anda??korang???kamu????    Tak perlu jawab,tepuk dada,tanya pd diri sendiri,hanya empunya diri & si Dia saja yg lebih mengetahuinya...Em,masa sentiasa bergerak,,dr tahun ke tahun..dr bulan ke bulan..dr hari ke hari...dan sampailah saat kini....umur pula semakin meningkat,rindu pula zaman persekolahan,suasana di kelas & waktu pembelajaran....teringat pula kerenah sahabat2 dan telatah guru2 yg mencuit hati....  Y_Y

               Hmm...cakap pasal guru,kali ni saya nk kongsikan pengalaman saya tentang org yg telah menjadi idola saya secara diam2 sebenarnya...hmmm....dialah Si Mulia itu,cikgu saya,guru Physics saya sendiri,cikgu Zaidie bin Che Din..cikgu saya ni kecil sikit orgnya,tapi pemikiran dan jiwanya betul2 membuatkan saya teruja setiap kali beliau masuk ke kelas.Sejujurnya saya cakap,saya tak pernah mengantuk sewaktu beliau mengajar.Cikgu Zaidie ni,selain mengajar saya dan sahabat2 lain subjek Physics tu,beliau selalu sampaikan sedikit pesanan & beberapa tazkirah percuma kepada kami...dan setiap kali tazkirah cikgu,saya mesti tumpu & fikir balik kata2 cikgu.Antara kata cikgu yg saya tak pernah lupa..& takkan lupa,insyaAllah.....semasa beliau menerangkan pd kami maksud yg tersirat di sebalik Surah An-Nasr....Sebelum ni,saya hanya sekadar tahu terjemahannya shja..tapi setelah cikgu menerangkan maksdnya,saya rasa seronok sangat..dan saya tengok.sahabat2 saya yg lain turut teruja.

Dengan Nama Allah Yg Maha Pemurah Lg Maha Penyayang...Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan....(1) dan kamu lihat manusia masuk agama Allah dengan berbondong-bondong..(2)  Maka bertasbihlah dgn memuji Tuhanmu dan mohonlah keampunan daripadaNya,sesungguhnya Dia adalah Maha Penerima Taubat...  (3)     Hmmm...surah ni menceritakan tntg usaha Nabi Muhammad SAW dan umat Islam yg lain untuk menyebarkan agama Islam...mereka tdk pernah jemu..bahkan tidak prnh berhenti untuk menyampaikan pd manusia tntg ajaran yg benar ini..dan mereka yakin,Allah sentiasa bersama mereka,  setelah itu...Allah menurunkan hidayah kpd org2 yg dikehendakiNya dan masuklah mereka secara beramai-ramai dlm agama Islam..dan mereka bersyukur kpd kurniaan Allah itu.. bahkan,andai mereka tersasar..mahupun terjatuh serta mengikut hasutan syaitan,mereka memohon ampun kepada yg Maha Penerima Taubat...

         Cikgu Zaidie menerangkan dgn penuh perasaan pada wktu tu,bahkan..sebahagian drpd kami ada yg mengalirkan air mata...dan cikgu berpesan pd kami,jadilah umat Islam yg berusaha..cikgu memberi kami semangat utk belajar bersungguh-sungguh,,beliau mengingatkan kami agar tdk berputus asa wlupun keputusan yg kami dpt tdk begitu baik..cikgu menyuruh kami berusaha..berusaha dan berusaha...dan jgn berhenti meminta drpd Allah..krn Dialah penentu kami....syukur dan sentiasa rasa kerdil pd Allah,itulah yg cikgu pesan pd saya dan sahabat2 lain.....Alhamdulillah....

         Cikgu..cikgu..beliau itu seorg yg sgt bersemangat..dan plg saya kagumi dgn beliau,beliau seorg yg sangat mementingkan masa dan.....seorang yg sgt menjaga..cikgu selalu cakap,setiap apa yg kita buat,,setiap saat...mahupun x nampak..tapi Allah sdg menilai..dan akan mempersoalkan di akhrat nnti.....cikgu ni,wktu mengajar dia akn bersemangat dan berusaha jgak wlu macam mna pun!! Kalau saya dan sahabat2 lain tak faham,beliau akan membri contoh,kdg2 sampai mnjadikan bahan2 buku atau apa2 brg milik kami seperti pensel case,botol air...kalau beliau "ter"ambil  brg2 tu tnpa sengaja,,setelah perasan dia akan minta maaf  byk2 kali dan selalu ulang ayat,,nnti Allah soal saya di akhrat...hmm,,cikgu..cikgu...

        Emm...guru itu adalah insan yg sgt2 mulia...susah nak cari manusia yg hidupnya tanpa guru..meskipun baru belajar A B C........Kerana seseorang yg menyampaikan itu,tugasnya amatlah berat dan terlalu mulia..Sebab itulah,kita perlu menghargai guru2 kita..setiap kali selepas guru mengajar,kita doakanlah utk kebaikan guru itu.....sedgkan Imam Syafie turut menghargai & begitu menghormati gurunya,walaupun beliau sudah berjaya dgn jayanya,beliau tak pernah meninggalkan gurunya.....sewaktu beliau menyampaikan tazkirah pada khalayak ramai,beliau akan memanggil gurunya utk duduk di sebelahnya..begitulah mcm mna seorg murid menghargai gurunya...macm mana pulak dgn kita???hmm...tugas kita sebgai seorang murid pd guru itu,takkan pernah berhenti..malah sehingga kita tua sekalipun...

      Hmm...akhir kata,jgn kita sekalipun menyakiti hati guru kita,wlu apa pun..kerana pada guru itu,,,,terdapatnya keberkatan...kerana mereka itu,,adalah Si Mulia..insyaAllah.....
"Buat cikgu Zaidie,terima kasih kerana mengajar saya,,hmm,,,walaupun agak lemah dlm Physics,tapi saya seronok apabila cikgu mengajar,hee....saya doakan moga2,kehidupan cikgu serta keluarga sentiasa diredai Allah dan dikurniakan limpahan rezeki dan rahmatNya...moga2 juga,jiwa dai'e cikgu tidak pernah berhenti..insyaAllah...terima kasih cikgu....."

                                                                          n_n

Thursday 29 December 2011

Rumah-rumah Allah di China...

       Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...

         Alhamdulillah...kali ni plak,saya nak post serba sikit tentang sejarah masjid-masjid yg ada di negara China.Emm...saya nk berkongsi dgn korang...anda..kamu tentang keunikan masjid2 tu dlm bacaan saya baru2 ni...tapi..ini semua yg terdapat di China saje....OK...yg pertama...

       Masjid Niujie



Ha...ni la masjid Niujie...dibina pd tahun 996 yg terletak di Bandar  Beijing.
Ruang utama ialah ruang solat seluas 600 meter yg kira2 blh muatkan 1000 ribu org...Ayat2 Quran dihias dgn emas di dinding & pintu2...yg ada tangga tu adalah mimbar utk khatib m'baca khutbah.Masjid ni...dibina ala2 Arab sikit...


Masjid Phoenix Hangzhou
<><>
Ni plak..masjid Phoenix...trletak di Bandar Hangzhou..masjid ni adalah salah satu drpd empat masjid yg terkuno & terknl di pantai China.Dlm sejarah tingkatan 4,kita ada bljr tntg tamadun China kan..ha,masjid ni dibina pd zaman Dinasti Shang & pernah dirobohkan pd thun 1203.....yg bina masjid ni,nama dia Alaoding.Beliau kata masjid ni dibina sempena mirip seekor burung phoenix...



Keluasan masjid ni kira2    2600 meter persegi.....masjid ni jgak ada 19 tugu dan diukirkan ayat2 quran dlm bahasa Arab,Mandarin dan Persia.


Masjid Besar Hohhot



Haaa...yg ni masjid Hohhot namanyer...dibina pd tahun 1693,terletak di sblah timur Jalan Waitongdao,iaiti Pintu Utara kota lama Hohhot...Keluasan masjid ni kira2 dlm 4000 meter persegi..Ruang solat masjid ni ala2 tradisional sikit,,,,,,,kemudian ada menara tinggi atas bumbung,luasnya kira2 seolah-olah ada 25 buah bilik dan boleh muat 500 org solat di dlm menara tu...Dalam masjid ni jgak ada 30 jilid Al-Quran yg ditulis guna tangan dlm bahasa arab...tapi,maafla...gambar masjid ni tak banyak sangat..dpt yang menara ni je...   n_n



Masjid Huaisheng Guangzhou



Emmm....ni pun ada menara jugak..ni masjid Huaisheng.Masjid ni terletak di bandar Guangzhou..dan masjid ni jugak ada kalanya dipanggil masjid Guangta  atau masjid Singa..Ada sesetengah org berpndapat,masjid ni dibina oleh mubaligh Arab pd zaman dinasti Tang.Maksud Huaisheng tu ialah..."merindu Nabi Muhammad"   hmm...keluasannya kira2   2966 meter persegi,Menara ni dipanggil menara Cahaya,disusun guna batu-bata hijau.,dan ketinggian 36.5 m.Utk pengetahuan korang jgak..ats menara tu ada satu patung ayam emas yg boleh berkisar arah angin & menunjukkan arah kapal pd waktu malam.....


Masjid  Quanzhou


 Sebelum masuk masjidnya..yg ni namanya Lingshan..ada di masjid Quanzhou.Ini adalah kubur pengikut nabi Muhammad SAW yg dtg ke Quanzhou utk sebarkan Islam pd zaman Dinasti Tang...Dibina dlm 3 tingkat...






Ni lah masjid Quanzhou...disebut jgak masjid Kylin...masjid ni masjid yg tertua di China!





Bangunan utamanya termasuk pintu gerbang ini...iaitu Dataran Fengtian,dataran ni digunakan sebagai ruang solat..Masjid ni menyimpan satu perintah Raja Yongle tentang arahan utk melindungi masjid dan diletakkan di dinding masjid...






Ni antara tulisan ayat2 Quran di dinding masjid...  



Hmmm....setakat ini je maklumat2 yg saya ada untuk dikongsikan...
Abu Dzar r.a katanya :
Aku bertanya : Wahai Rasulullah !

Masjid
manakah yang pertama diasaskan atas muka bumi ini?
Rasulullah menjawab : Masjidilharam.
Aku bertanya lagi: Setelah itu
masjid
mana pula?
Baginda menjawab : Empat puluh tahun.
Walau pun begitu dimana saja kamu berada apabila tiba waktu sembahyang dirikanlah sembahyang kerana disitu juga merupakan
masjid.



Rumah Allah ialah rumah yg paling mulia...kalau nak lihat seseorang itu,lihatlah dulu bagaimana dia di masjid..lihatlah dahulu bagaimana hubungannya dengan Allah..InsyaAllah...

n_n




Wednesday 28 December 2011

15 TAHUN vs 950 TAHUN???

     Dengan Nama Allah Yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

      Untuk post kali ni,saya nk main dengan nombor ... n_n                                                         
 Bagi korang,,,,,kamu..agak2nya,antara 15 tahun & 950 tahun,,mna satu yg lebih lama??? 15 or 950???Rasa2nya,rata2 menjawab 950,,sudah tentunya...or ade juga yg tak tau nk jwb apa krn musykil dgn soalan kira2 ni.....hmmmm....sebenarnya,jwpn untuk kira2 ini adalah..kedua-duanya tdk lama...mengambil masa yg terlalu sekejap...percayalah...Di sebalik nombor2 ni,ada maksud di sebaliknya yg kita sendiri jarang mahu memikirkannya...OK...sekarang saya nk bawa korang..mahupun kamu ke dalam satu pemikiran yang agak jauh sikit...

         Kalau bercakap tentang 950 tahun...satu2 perkara yg terlintas dlm kepala kita ialah tentang tempoh masa nabi Nuh berdakwah pd kaumnya...itu bg sesiapa yg mmg terlintas perkara tu or utk sesiapa yg tak tahu jgak...Betul,mmg kisah nabi Nuh yg saya nk tekankan ini...Dulu,manusia hidup dengan umur yg agak lama..smpaikan beribu-ribu tahun...& nabi Nuh termasuk drpd golongan itu...nabi Nuh adalah manusia yg dipilih oleh Allah dan diangkat menjadi rasul.Nabi Nuh telah diperintahkan oleh Allah dan diutuskan untuk membawa suatu kaum itu ke jalan Allah.Nabi Nuh mengajak mereka mninggalkan kekafiran & tidak menyembah berhala.
Nabi Nuh telah mempergunakan waktu panjang dalam berdakwah untuk menyembah Allah. Allah berfirman, "Dan sesungguhnya Kami telah mengutus Nuh kepada kaumnya, maka ia tinggal di antara mereka seribu tahun kurang lima puluh tahun."
Qs. 29 : 14

        Tapi,tak semua daripada mereka yang mengikutinya.Ada yg masih mengamalkan ajaran2 nenek moyang mereka.Bahkan seorang ayah, apabila anaknya sudah menginjak umur dewasa, mewasiatkan agar tidak mengikuti Nuh sepanjang hidupnya. Oleh karena itu, boleh dikatakan bahawa anak-anak tersebut mewarisi kemusyrikan dan kemaksiatan orang tuanya.
....sedikit sahaja golongan yg benar2 beriman kpd Allah dan agamaNya....namun,nabi Nuh tidak berputus asa,dia ttp berusaha mengajak kaumnya wlupun mngambil masa selama 950 tahun,dan dia ttp meneruskan jihad & dakwahnya kepada mereka agar mereka kembali ke jln yg benar..

        Di sini,saya nk menimbulkan satu persoalan..agak2nya,kenapa ye nabi Nuh ttp berusaha keras demi Allah dan agamanya walaupun memakan masa yg begitu panjang dan lama???Kenapa ye nabi Nuh tidak menghiraukan tentangan daripada kaumnya??Adakah nabi Nuh tidak ada rasa sakit hati,,malah adakah dia tidak ingin berhenti daripada melakukan perbuatan yg mengambil masa yg begitu lama??950 tahun kwn2....tidak ke begitu lama??? Hei khalifah bumi!!!kerana apa????kawan-kawan......satu saja sebabnya.....kerana Nuh tahu,hidup di dunia itu terlalu sekejap berbanding kehidupan yg sebenar,yakni akhirat,,,,,,kerana Nuh tahu hidup di dunia itu tidak kekal berbanding akhirat yg selama-lamanya...kerana Nuh tahu,apalah nak dibandingkan sangat hidupnya di dunia berbanding akhirat yg kekal abadi...

      Kawan-kawan..di situlah terletaknya kecintaan & jihad seorang hamba yg benar2 beriman kpd Allah.Saya mengambil title 15 tahun bukannya menuding pada orang2 yg tertentu...tetapi itu hanya satu simbolik nombor bagi mewakili kita semua.Ya,mungkin kini ada antara kita yg berumur 8 tahun,15 tahun...34 tahun....or 80 tahun,angka yg lebih tinggi!Kadang2....kita sering mengeluh apabila ditolak...kita seringkali berputus asa apabila tiada yg mendengar...apabila mengajak,ada yg memperlekehkan kita...apabila dicaci pula,membuatkan trus kita berhenti daripada menjadi seorang dai'e...kemudian,timbul pula rasa tidak layak untuk menyampaikan...sehingga tiada lagi kedengaran nasihat dan ajakan ke arah Ilahi...hmm...Tetapi,nabi Nuh tak mempedulikan itu semua,dia tidak takut dengan tentangan..malah,semakin ditolak semakin dia berusaha mengajak.Itu kerana dia telah meletakkan AKHIRAT di hatinya,dan  DUNIA pula digenggam di tangannya...kerana ingatlah,Rasulullah SAW bersabda dlm hadisnya tentang hati ialah raja...yg mana,"Di dlm jasad manusia ada seketul daging,jika baik maka baiklah seluruh badannya,jika buruk maka buruklah seluruh badannya..dan daging itu ialah hati.."

          Maka,jika kita meletakkan akhirat di hati,insyaAllah semua perkara yg lain akan tunduk dan mengikutinya,meskipun tangan yg menggengam dunia.Sebab itu,gunalah pandangan akhirat utk setiap perkara yg kita lakukan,,krn Allah itu memandang usaha,,bukan hasilnya...Ingat itu,hmm...dan saya menegur diri saya juga dan moga2,roh dai'e tidak pernah lenyap dalam diri kita semua..insyaAllah...

                                                                             n_n

Monday 26 December 2011

Kerna Sudah Yakin Ke Syurga...

Kerna  sudah yakin ke syurga…

 Kita bangun mendirikan solat Subuh, asalkan sempat sebelum tibanya waktu syuruk…TETAPI kita tak pernah cuba bangun awal semata-mata untuk berqiamulail…

Kerna sudah yakin ke syurga…

                Kita sempurnakan lima kali solat untuk sehari semalam…TETAPI masa kita lebih banyak diluangkan untuk perkara-perkara dunia dalam masa sehari semalam itu…

Kerna sudah yakin ke syurga…

                Kita wajibkan diri kita untuk membaca Al-Mulk setiap hari…TETAPI kita tak pernah cuba untuk memahami mahupun menghafal sedikit ayat-ayat Allah…

Kerna sudah yakin ke syurga…

                Kita mengajak orang untuk sentiasa mengingati Allah…TETAPI  kita sering lalai dan tidak memahami kata-kata kita terhadap Allah semasa  bersolat…

Kerna sudah yakin ke syurga…

                Kita suka kerana kita ada usaha untuk menjadi hamba yang taat pada perintah Allah…TETAPI kita tidak pula berusaha untuk menjaga hubungan sesama manusia…

Dan…….

Kerna sudah yakin ke syurga…

                Kita suka menasihati orang lain pada setiap hari…TETAPI….kita pula yang tidak mengamalkan dan sering mengabaikannya…

 Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang…

                Hei khalifah bumi!!!  Hmm…Kadang-kadang kita merasakan diri kita sudah cukup dan serba baik……kadang-kadang,kita berasa kita adalah hamba yang ikut perintah Allah dan berusaha tinggalkan laranganNya….…kadang-kadang,kita berasa yakin amalan kita sudah cukup untuk mendapatkan syurgaNya……..kadang-kadang,kita berasa puas kerana ada perasaan syukur,sabar,rendah diri dalam hari-hari kita………TETAPI..pernah tak kadang-kadang,kita berasa cukup dengan semua perkara tu???Pernah tak kita berasa ragu-ragu dengan keyakinan kita???

                Hei khalifah bumi!!! Aisyah Humaira’ sangat hairan dengan suaminya Rasulullah SAW kerana baginda begitu bersungguh-sungguh dalam beribadah.Kaki dan tumitnya pecah serta bengkak setiap kali baginda mendirikan solatnya…Baginda seringkali menangis setiap kali sujud pada Yang Maha Kuasa…sehingga Aisyah bertanya kepada Rasulullah…

                “Ya Rasulullah,mengapa engkau beribadah sebegitu rupa…sedangkan engkau sesungguhnya sudah pasti akan ke syurga..Bukankah itu janji Allah kepadamu???” kata si Aisyah.

                Lalu Rasulullah menjawab…

                “Salahkah aku untuk menjadi hambaNya yang bersyukur???”

                Itu sahaja jawapan baginda,itu sahaja…Baginda hanya bersyukur kawan-kawan..baginda hanya bersyukur..tetapi syukur baginda kepada Allah itu terlalu tinggi malah lebih daripada taubat kita kepada Allah…Adam menangis selama 300 tahun kerana satu kesalahannya yang memakan pohon yang dilarang,bahkan lebih daripada kita menangis kerana berjuta-juta dosa kita…

                Hei khalifah bumi!!! Agak-agaknya,macam mana dengan kita nanti ye???Adakah benar-benar syurga ,,,dengan amalan kita seperti hari ini????

                                                                                               

n_n

               

               

 

Friday 23 December 2011

Scan Hati...

     
 Agak-agaknya,,,di mana ya kedudukan Allah di hati kita sekarang???Di mana ya letaknya tanda cinta dan taat kita kepada Allah kini di hati kita???Di mana ya iman kita terbukti di hati???Di mana ya tanda khusyuknya kita kepada Allah ketika solat???Di mana ya terletaknya ketakutan kita terhadap Allah di hati kita???Di mana ya semua perkara itu di antara celah-celah hati kita seperti di atas ini???Oh.....rupa-rupanya,begitu kecil ya...Tapi.........sedarkah kita tentang itu???Hmmm................

                                                                       n_n

Wednesday 21 December 2011

Ustaz Don Daniyal... n_n



                    - Episode 1 ~30 minit Pengenalan Tentang Islam Bhgn 1 ~    

Dengan Nama Allah Yg Maha Pemurah lg Maha Penyanyang....hmm,,ustaz Don ni,cara penyampaian dia best.....try lar tgk..boleh jugak di TV al-Hijrah.....

n_n

Perang Senyap.....

       Dengan Nama Allah Yg Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...

       Kata2 daripada Syatilyn,seorang orientalis...

       "Gelas & artis mampu menghancurkan umat Muhammad  lebih daripada seribu meriam.Maka tenggelamlah umat Muhammad  ke dalam kecintaan kepada kebendaan dan syahwat..."

       Kata2 ini benar2 menunjukkan kelemahan umat Islam sekarang...secara zahirnya,kita boleh nampak tiada sebarang bentuk peperangan di negara kita yg menggunakan meriam....kereta kabel untuk menghancurkan rakyat & umat Islam.......hmm,,namun "kafirun"  tidak akan berdiam diri sahaja..mereka,iaitu org2 kafir sudah tertutup pintu hatinya & akan disesatkan oleh Allah buat selama-lamanya..& mereka lah juga penghuni neraka yg kekal..itu janji2 Allah...kebencian mereka terhadap Islam tidak pernah luput,bahkan kini,mereka menggunakan muslihat untuk mengaburi pndgan mata kita.Sehingga kita ini tidak sedar,bahkan buta untuk melihat kekejaman mereka...Kita tidak perasan bahawa mereka kini sedang melancarkan satu peperangan besar terhadap kita,terhadap seluruh umat Islam..itulah Al-Ghazwah Al-Fikr..perang pemikiran!!!

      Apa matlamat orang2 kafir??Apa matlamat orang2 barat??hmm...melancarkan ekspedisi penjelajahan dan penerokaan adalah untuk mendapat kekayaan (gold), kemegahan (glory) dan keagamaan (gospel).Ni kita belajar sejarah masa Form 2 & Form 3....G & G & G....& kali ni,saya begitu menekankan perkataan Gospel tu..keagamaan....Orang2 kafir tahu,hiburan,harta & keseronokan akn mempengaruhi umat Islam kini,tambahan pula pada kemodenan & teknologi2 canggih seperti hari ini...

    Perang pemikiran ini sangat licik & mereka bertujuan utk merosakkan akhlak,menghancurkan pemikiran,merosakkan keperibadian & last sekali,mengeluarkan Muslim itu sendiri daripda agamanya...Cuba kita perhati,terlalu byk hiburan yg melalaikan terutamanya melibatkan golongn remaja..artis2 yg mendedahkan aurat,tayangan2 drama yg tdk senonoh...video2 yg x ada unsur baik,pergaulan bebas di luar mahupun di internet...majalah2 yg menyakitkn mata & hati...apa kesannya??? Bayi yg tak ada dosa dibuang dlm tong sampah,anak luar nikah,,,,ZINA,fitnah...bunuh...kemudian,apa jadi???PECAH...PECAH...dan PECAH...umat Islam berpecah,bergaduh,,& saling berbunuhan... itulah apa yg si kafirun inginkan...

   Hey khalifah bumi!!Mengapa kita tdk boleh jadi seperti Salahudin Al-Ayubi,menawan Baitul Maqdis??...seperti Sultan Muhammad Al-Fateh..semangat juangnya utk menakluk kota konstatinopel??..atau seperti Tariq bin Ziyad...kisah kegemilangannya di Andalusia???sedangkan,tika itu semuanya masih muda,namun keimanan mereka utk prthnkan Allah & Rasul begitu tinggi dan teguh...berbeza dgn kita sekarang,,,,,hmm.....dan bila hati kita tdk dijaga,akal pula akan melayang entah ke mana....,kemudian,,anggota tubuh badan yg lain turut tidak kita tundukkan pada Yang Maha Kuasa..bila hati rosak,hati kita tdk dapat lagi bergetar apabila  mndgr kalimah Allah & ayat2 suciNya...apabila itu terjadi,maka jauhlah kita..jauhlah kita drpd Allah..jauhlah kita drpd syafaat baginda..jauhlah kita drpd agama yg haq..sehingga kita jauh..jauh..& jauh..bahkan,,smpai suatu saatnya nnti,Allah palingkan kita daripadaNya..apa yg itu kita inginkan???

       Maka,bergeraklah wahai para khalifah bumi!Kita ini sedang lalai..kita ini sedang terlena...kita ini sdg tertipu oleh mereka...Bangunlah..bangunlah lalu berikanlah peringatan...kata2Nya dlm Surah Al-Mudassir ayat 2...As-Syahid Sayiq Qutb ada mengatakan dlm bukunya,"Umat Islam skrg sedang terlena di dlm rumah yg sdg marak terbakar..."

      Kita lalai kawan..kita lalai...
dan satu sahaja perkara yg pasti..BERUBAHLAH...demi Allah...

                                                                        n_n

Tuesday 20 December 2011

Orang Beriman Mesti Sihat ...


     Dengan Nama Allah Yg Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...

          Hmm...kali ni,,saya nak sentuh tentang MAKANAN.....Agak2nya lah kan..kita hidup untuk makan ke..kita makan utk hidup????Hmmm..mana satu jwapan korang???Masing2 boleh fikir sendiri kan...makanan adalah antara sumber yg terpenting utk kita menjalani hidup...perihal makanan bkn perkara yg remeh-temeh,bahkan makanan sgt penting utk kita mnjalani hidup dengan penuh keimanan...Haa??Apa kaitan makanan dgn iman ye????Betul...cuba korang tak makan seminggu..apa jadi agak2 nya???

        Rasulullah SAW sendiri amat menitikberatkan soal makanan.Hal ini demikian kerana,makanan adalah sumber yg m'beri  kekuatan utk tubuh badan kita dr segi fizikal dan mental...namun,pengambilan makanan ada cara2nya..bknnya apabila nampak title "makanan".......jadilah,asalkan masuk perut...hmmm,,salah tu!!!Yg penting,kita mestilah ambil makanan yg berkhasiat & tdk memudaratkan kita...Kita sendiri belajar Science..Biology..kita tahu makanan ni ada protein..yg tu ada fibre...jd,amalkanlah cara pemakanan yg seimbang...Nak tau tak???cuba tgk bawah ni... 
           Burger ni..    n_n   hmmmmm..tau tak,menurut kajian,kita perlu mkn  4 BIJI  burger ni sehari utk mndapatkan zat besi yg cukup...and then,bkn setakat tu je..tgk bawah ni plak...


Yg ni plak..kita perlu ambil 15 PAKET kentang ni sehari utk mendapatkan vitamin C yg cukup...and last sekali.....


haa...yg ni kita perlu sedut 10 GELAS aiskrim ni sehari utk dptkan calcium yg cukup...

sumber : ~persatuan pengguna P.Pinang~

Hmmm....kalaulah sehari kita ambil bende2 ni..habislah,,,,,OBESITI yg amat la jadinya...mcm ni ke yg Rasulullah SAW galakkan kita utk mnjaga tubuh badan kita???Baginda ada kata,"Dua nikmat yg selalu manusia terpedaya dgnnya adalah..nikmat  sihat & masa lapang..."   Haa....nikmat sihat..nikmat yg selalu kita abaikan..yg kite sering lupa utk mnjaga salah satu kurniaan besar Allah ini...Orang2 yg beriman sentiasa tahu,setiap saat adalah manfaat buatnya,jd setiap saat itu digunakan sebagai ibadah kpd Allah..tapi,andai kita tak menjaga pemberian Allah ini,kurniaan tubuh badan yg baik dirosakkan,,mcm mana kita nak jalani hidup ini dgn penuh keimanan??Hey khalifah bumi!!Bagaimana kita nk jlnkan amanah di bumi ini tp dlm pada masa yg sama,kita tak syukur padaNya??

Hmm..jadi,pengambilan makanan yg baik amat penting..saya ulang....amat penting demi Allah,Rasul,agama & maruah kita....Di sini,saya nak berkongsi amalan pemakanan Rasulullah SAW...antaranya ialah 
1)PERUT ialah rumah segala penyakit,,& PUASA adalah ubat segala penyakit..maka,baginda selalu berpuasa,terutamanya 3 kali sebulan & puasa sunat hr Isnin & Khamis.. 
2)Rasulullah SAW kata,makanlah secara berjemaah..krn berjemaah itu m'bawa keberkatan..
3)Rasulullah SAW akan memulakan hidangannya drpd tepi..& last sekali,brulah bginda habiskan hidangan di tengah..hal ini demikian krn hidangan yg berada di tgh2 pinggan adalh makann yg plg berkat...
4)Baginda juga akan habiskan makanannya,licinkan pinggannya....serta menjilat jarinya..

Hmm..ini semua sunnah..jd kita tak perlu MALU utk lakukannya..InsyaAllah,kalau kita ikut Rasulullah,semua mnjadi lancar...Em,satu lagi,cuba tgk bwh..


Hmm..menurut pakar pemakanan..apabila kita bangun drpd tidur..terus kita berselawat & minum air masak 5 GELAS sekali gus...insyaAllah,segala toksin akn keluar drpd badan dan jauh drpd penyakit...dan..tak perlu gosok gigi dulu...emm..ni kata2 seorang pakar la... 

Jadi,,,mulakanlah diri kita dgn mgmbil pemakanan yg baik demi menjaga kesihatan..bkn utk sesiapa..tp utk diri kita juga,,,& yg plg penting..HALAL tetap  HALAL...

“Sesungguhnya di dalam diri manusia itu ada seketul daging. apabila daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota. dan apabila daging itu rosak, maka rosaklah seluruh anggota, ketahuilah itulah hati” (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim).
Untuk apa??
HATI KITA......

n_n



Rindu Tarbiah Yang Dulu !!!!!!!!!! n_n

         “Andai kata ibu mempunyai seratus nyawa sekalipun, dan nyawa ibu keluar satu demi satu, nescaya saya tetap tidak akan meninggalkan Islam sama sekali.”

         Dengan Nama Allah Yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...hmm,,dialog di atas ini adalah dialog antara sahabat Rasulullah SAW,Mus'ab bin Umair dengan ibunya yang sdg sakit.Ibunya membantah Mus'ab menganut Islam serta menyuruh utk meninggalkannya.Mus'ab ttp berpendirian teguh,malah berusaha utk mengajak ibu bapanya sekali.Sehinggalah ibunya jatuh sakit,wajahnya begitu pucat..namun,wlupn keadaanya sebegitu rupa,dia ttp menyuruh anaknya meninggalkan agama Islam..lalu,apa yg dikatakan oleh Mus'ab kpd ibunya???Dia ttp pertahankan Allah & agamanya sehinggalah dia berkata kpd ibunya seperti dialog di atas...hmmmm....

      Ok..agak2nya lah kan....kenapa ye Mus'ab tu boleh sekuat macam tu??Mcm mna dia boleh mengeluarkan kenyataan seperti itu,hanya demi Allah dan agamanya??Mcm mna dgn pndangan korang??anda??kamu??...................Hey khalifah bumi!!!Itulah yg dinamakan tarbiah...proses yg cukup indah dlm segenap kehidupan kita..iaitu proses yg meletakkan kita dlm keadaan yg Allah reda...itulah tarbiah...Mus'ab telah menjalani tarbiah yg menjadikan dia sedemikian rupa..krn asalnya,Mus'ab itu adalah seorang pemuda yg sgt kaya..suka berpkaian mewah..memiliki wajah yg tampan & mnjadi kegilaan ramai gadis..sehinggalah dia mengenal Islam..Islam yg sebenar...Rasulullah SAW tlh menunjukkanya satu cara hidup yg benar,perjuangan yg hakiki..dia melihat pengorbanan baginda & para sahabat demi menegakkan agama Allah itu..dia telah melihat keindahan Islam itu sendiri....itulah tarbiah...

    Sebenarnya kan..segala-galanya memerlukan tarbiah..& diri kita pun amat memerlukan tarbiah.Untuk mndapatkan tarbiah bukanlah hanya dgn menunggu,tp dengan mencarinya.Dengan kudrat yg Allah bg pd kita inilah,kita gunakan dgn sebaik-baik mgkn..Tarbiah amat penting utk kita menjalani hidup dgn tenang di samping keredaan Allah.

    Saya nk berkongsi dengan korang,anda..kamu tentang satu pengalaman dlm hidup saya..dan Alhamdulillah,saya dpt merasai tarbiah drpd pengalaman itu.Semuanya bermula di sebuah tempat,yg saya rasa,itulah tmpat yg paling selamat utk saya...Di situ,saya kenal ISLAM yg sebenar..di situ,saya merasai kekuatan yg luar biasa apabila SOLAT BERJEMAAH didirikan,saya terasa kuat apabila bahu saya bersentuhan dgn makmum2 yg lain,saya merasakan semua org di situ tlh meletakkn diri mereka dlm keadaan yg plg rendah apabila SUJUD bersma-sama ke arah yg SATU..Di situ juga,saya kenal perkataan UKHWAH..kekuatan yg luar biasa apabila bersama-sama dgn org2 yg sering mengingatkan antara satu sama lain..Di situ lah,saya kenal SAHABAT... & sahabat yg baik itu ialah yg m'bawa kita ke jln Allah..bkn seorang..tp lebih drpd cukup,..dan di situlah,saya BERUSAHA utk mnjadi seseorg yg lebih baik..krn saya yakin,ALLAH menjadikan sesuatu itu,psti ada hikmahnya...Hmm,,dan bagi saya,itulah tarbiah..tarbiah yg mendidik saya..  n_n

     Sejujurnya,saya rindukan tempat tu...tetapi,itu dulu,kini tibanya saat utk mncari tarbiah yg lebih meningkatkan diri  dlm keadaan yg Allah reda..& begitu juga dgn korang..anda  mahupun kamu,carilah tarbiah,carilah di mana2 sahaja..InsyaAllah,korang akan merasakan suatu ketenangan yg sgt indah dlm khdupan.Just believe it!!..Ameen....   Hmm..oh ye...nak tahu tak tempat yg "selamat" yg saya rindukan tu??Itulah sekolah saya dulu..SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA KERIAN......   n_n






n_n

Sunday 18 December 2011

sempurna...



       Dengan nama Allah Yg Maha Pemurah Lg Maha Penyayang...yg dihormati,para khalifah bumi...             n_n

Hmm...berdasarkan gambar di atas kan...korang nmpk kan,ade 1 kotak putih...klu perhati betul2 pd kotak putih tu,apa yg korang akn nampak n sebut???  Okay,just continue,klu saya la,saya akn ckp ada satu titik hitam..sbb itu yg saya nampak dgn jelasnya...klu korang plak???hmm....

JADI....APA SEBENARNYA YG SAYA NAK CUBA SAMPAIKAN???

       Sebelum tu,marilah sama2 kita bersyukur kpd Allah ats segala kurniaanNya yg tak terhingga buat hamba2Nya...yg tlh membenarkan kita hidup semalam,dan masih lagi memberi nafas utk kita sambung hidup pd hari ini...bahkan,Dia juga yg tlh utuskan Muhammad SAW,yg yakni tnpa baginda tiadalah Islam tersebar luas,tiadalah lahirnya para ulama'..tiadalah kehidupan yg aman..tiadalah keinginan utk saya menulis ini dan terpenting,tiadalah korang,anda..dan kamu membaca blog saya ini untuk  mencari ilmu yg  Dia telah anugerahkan...n_n

      Hmm...sambung balik cerita kita...OK,tentang kotak putih tadi,satu titik hitam yg jelas,itulah yg kita nampak dulu...kerana,colour putih itu jd cacat gara2 kehadiran satu titik hitam kecil tu,kan??manusia,manusia..itulah manusia...bahkan saya sendiri pn manusia,dan korang jgak manusia...manusia ni,terlalu mencintai kesempurnaan dan inginkan semuanya menjadi perfect...contohnya,klu seorang ULAMA' tersohor tlh membuat satu kesilapan yg jarang dibuatnya or maybe tak pernah dibuat...pasti ada antara kita yg mula bercakap tntgnya,bahkan mencaci..memfitnah...sdgkan dia bru shja membuat 1 kesilapan...HAA!! itulah yg sya nk maksudkn,kita cuma nampak kesalhan seseorang yg nyata..tp,kebaikannya terus kita lupa...sedangkan kita tahu,tiada siapa yg sempurna..bahkan seorang ulama' sendiri pun melainkan cuma baginda,Muhammad SAW yg maksum...

Oh ye...Allah ada kata...
"Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya.."                                                         (Al-Hujuraat 49:13)"

   Dalam dunia ni,Allah  cipta manusia dgn pelbagai ragam..mcm2 kita boleh jumpa..bahkan,,yg kita rasa tak mungkin pun wujud jugak di dunia ni,ada yg berbeza drpd sikap perangainya..fizikalnya..pemikirannya.....Itu kerana,Allah ciptakan sesuatu itu,pasti ada hikmahnya.Setiap perkara yg berlaku hanya dengan izin Dia,maka apa yg telah Allah jadikan itu sudah jelas ada sebab2nya,dan mgkn kadang2 akal kita sendiri tak terjangkau utk memikirkan hikmahnya...

    Hmm...Pernah tak korang terfikir,Allah tu sgt berkuasa,bahkan tiada siapa yg boleh lawanNya..Dia berhak buat apa saje...tapi,kenapa Allah tak mudahkan kerjaNya saja..kenapa Dia tak cipta semua manusia di bumi ini,baik je semua..dan tak payah ada masalah langsung..semua berjln lancar..semua aman je...hmm..kenapa ye??

..saya ada pndgan dan ini dikongsikan dgn seorang sahabat saya dahulu..namun klu ada salah,saya siap menerima sebarang teguran..emmm,andai Allah tu cipta semua org baik..semua org tak ade masalah..semua brjlan lancar...BILA nak wujudnya perasaan sabar...tabah...tawakal..kalau semua ok??BILA nak wujudnya air mata taubat krn Allah??Bukankah Allah sgt mencintai org yg sering pergi dan bertaubat kepadaNya????

                                                                            n_n
                                                    

KAMU dah lahir...khalifah!!!! n_n

          Bermulalah segala-galanya daripada satu titik hitam,gelap,...dan kemudiannya titik itu pecah serta terburai isi kandungannya...isi-isi tersebut berselerakan dan tercampak sehingga terbentuknya satu ciptaan...lalu, lahirnya makhluk-makhluk bernama langit,matahari...bumi...serta lautan di sebuah kediaman yang digelar DUNIA...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...

Lalu,Dia menciptakan malaikat daripada cahaya...sebagai hamba yang setia untuk mengabdikan diri kepadaNya...Dia menciptakan iblis dan jin daripada apinya...lalu dihantarnya jin ke bumi untuk mentadbir serta mengimarahkan buminya...jin-jin mula bekerja,menjalankan amanah dan perintah Dia Yang Berkuasa.....namun,sebahagian daripada mereka telah melanggar hukum-hukumNya...sebahagian daripada mereka kufur kepadaNya...sebahagian daripada kalangan jin itu ada yang khianat terhadap perintahNya sehingga suatu hari,kemurkaanNya meletus...lalu Dia mengarahkan para malaikat untuk menghalau jin-jin itu dari bumi!!!Kesemuanya ketakutan yang amat lalu melarikan diri serta bersembunyi di gua-gua yang berdekatan..serta di hutan..dan akhirnya,bumi kehilangan pentadbirnya...

Kemudian,,,Dia bertanya kepada matahari,,
"Mahukah engkau menggantikan tempat jin-jin itu sebagai khalifah di bumi???"
Lalu matahari menjawab.."Ya Tuhanku,,aku tidak sanggup..itu terlalu berat untukku..."
Lalu Dia bertanya pula pada gunung.."Mahukah engkau menjadi khalifah di bumi???"
Namun,gunung turut menolak tawaranNya kerana tidak sanggup memikul tanggungjawab itu...
Dia bertanya juga pada si langit dengan soalan yang sama...namun langit turut menolak dengan alasan yang sama....semua makhluk yang ada masing-masing takut untuk membawa amanah yang ditawarkan oleh Dia Yang Berkuasa...sehingga itu,bumi masih tiada pemimpinnya...TIBA-TIBA..muncul satu suara berkata pada si Dia,"Ya Tuhanku,aku mahu menjadi khalifah di bumi..aku mampu melakukannya!!!""  dialah si roh manusia...

     Lalu,Allah berkata kepada malaikat.."Aku mahu menjadikan seorang manusia sebagai khalifah di bumi.."  malaikat terkejut lalu bertanya,"Ya Tuhan,bukankah manusia itu makhluk yang akan saling berbunuhan ??"   namun,Dia berkata,"Aku tahu apa yang engkau tidak tahu..."

     Setelah itu...lahirnya sudah makhluk yang bernama manusia..manusia pertama yang dipanggil ADAM..lalu diutus ke bumi sebagai seorang khalifah..dan dia juga adalah KAMU...

                                                                           n_n