Wednesday 28 December 2011

15 TAHUN vs 950 TAHUN???

     Dengan Nama Allah Yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

      Untuk post kali ni,saya nk main dengan nombor ... n_n                                                         
 Bagi korang,,,,,kamu..agak2nya,antara 15 tahun & 950 tahun,,mna satu yg lebih lama??? 15 or 950???Rasa2nya,rata2 menjawab 950,,sudah tentunya...or ade juga yg tak tau nk jwb apa krn musykil dgn soalan kira2 ni.....hmmmm....sebenarnya,jwpn untuk kira2 ini adalah..kedua-duanya tdk lama...mengambil masa yg terlalu sekejap...percayalah...Di sebalik nombor2 ni,ada maksud di sebaliknya yg kita sendiri jarang mahu memikirkannya...OK...sekarang saya nk bawa korang..mahupun kamu ke dalam satu pemikiran yang agak jauh sikit...

         Kalau bercakap tentang 950 tahun...satu2 perkara yg terlintas dlm kepala kita ialah tentang tempoh masa nabi Nuh berdakwah pd kaumnya...itu bg sesiapa yg mmg terlintas perkara tu or utk sesiapa yg tak tahu jgak...Betul,mmg kisah nabi Nuh yg saya nk tekankan ini...Dulu,manusia hidup dengan umur yg agak lama..smpaikan beribu-ribu tahun...& nabi Nuh termasuk drpd golongan itu...nabi Nuh adalah manusia yg dipilih oleh Allah dan diangkat menjadi rasul.Nabi Nuh telah diperintahkan oleh Allah dan diutuskan untuk membawa suatu kaum itu ke jalan Allah.Nabi Nuh mengajak mereka mninggalkan kekafiran & tidak menyembah berhala.
Nabi Nuh telah mempergunakan waktu panjang dalam berdakwah untuk menyembah Allah. Allah berfirman, "Dan sesungguhnya Kami telah mengutus Nuh kepada kaumnya, maka ia tinggal di antara mereka seribu tahun kurang lima puluh tahun."
Qs. 29 : 14

        Tapi,tak semua daripada mereka yang mengikutinya.Ada yg masih mengamalkan ajaran2 nenek moyang mereka.Bahkan seorang ayah, apabila anaknya sudah menginjak umur dewasa, mewasiatkan agar tidak mengikuti Nuh sepanjang hidupnya. Oleh karena itu, boleh dikatakan bahawa anak-anak tersebut mewarisi kemusyrikan dan kemaksiatan orang tuanya.
....sedikit sahaja golongan yg benar2 beriman kpd Allah dan agamaNya....namun,nabi Nuh tidak berputus asa,dia ttp berusaha mengajak kaumnya wlupun mngambil masa selama 950 tahun,dan dia ttp meneruskan jihad & dakwahnya kepada mereka agar mereka kembali ke jln yg benar..

        Di sini,saya nk menimbulkan satu persoalan..agak2nya,kenapa ye nabi Nuh ttp berusaha keras demi Allah dan agamanya walaupun memakan masa yg begitu panjang dan lama???Kenapa ye nabi Nuh tidak menghiraukan tentangan daripada kaumnya??Adakah nabi Nuh tidak ada rasa sakit hati,,malah adakah dia tidak ingin berhenti daripada melakukan perbuatan yg mengambil masa yg begitu lama??950 tahun kwn2....tidak ke begitu lama??? Hei khalifah bumi!!!kerana apa????kawan-kawan......satu saja sebabnya.....kerana Nuh tahu,hidup di dunia itu terlalu sekejap berbanding kehidupan yg sebenar,yakni akhirat,,,,,,kerana Nuh tahu hidup di dunia itu tidak kekal berbanding akhirat yg selama-lamanya...kerana Nuh tahu,apalah nak dibandingkan sangat hidupnya di dunia berbanding akhirat yg kekal abadi...

      Kawan-kawan..di situlah terletaknya kecintaan & jihad seorang hamba yg benar2 beriman kpd Allah.Saya mengambil title 15 tahun bukannya menuding pada orang2 yg tertentu...tetapi itu hanya satu simbolik nombor bagi mewakili kita semua.Ya,mungkin kini ada antara kita yg berumur 8 tahun,15 tahun...34 tahun....or 80 tahun,angka yg lebih tinggi!Kadang2....kita sering mengeluh apabila ditolak...kita seringkali berputus asa apabila tiada yg mendengar...apabila mengajak,ada yg memperlekehkan kita...apabila dicaci pula,membuatkan trus kita berhenti daripada menjadi seorang dai'e...kemudian,timbul pula rasa tidak layak untuk menyampaikan...sehingga tiada lagi kedengaran nasihat dan ajakan ke arah Ilahi...hmm...Tetapi,nabi Nuh tak mempedulikan itu semua,dia tidak takut dengan tentangan..malah,semakin ditolak semakin dia berusaha mengajak.Itu kerana dia telah meletakkan AKHIRAT di hatinya,dan  DUNIA pula digenggam di tangannya...kerana ingatlah,Rasulullah SAW bersabda dlm hadisnya tentang hati ialah raja...yg mana,"Di dlm jasad manusia ada seketul daging,jika baik maka baiklah seluruh badannya,jika buruk maka buruklah seluruh badannya..dan daging itu ialah hati.."

          Maka,jika kita meletakkan akhirat di hati,insyaAllah semua perkara yg lain akan tunduk dan mengikutinya,meskipun tangan yg menggengam dunia.Sebab itu,gunalah pandangan akhirat utk setiap perkara yg kita lakukan,,krn Allah itu memandang usaha,,bukan hasilnya...Ingat itu,hmm...dan saya menegur diri saya juga dan moga2,roh dai'e tidak pernah lenyap dalam diri kita semua..insyaAllah...

                                                                             n_n

No comments:

Post a Comment