Monday 26 December 2011

Kerna Sudah Yakin Ke Syurga...

Kerna  sudah yakin ke syurga…

 Kita bangun mendirikan solat Subuh, asalkan sempat sebelum tibanya waktu syuruk…TETAPI kita tak pernah cuba bangun awal semata-mata untuk berqiamulail…

Kerna sudah yakin ke syurga…

                Kita sempurnakan lima kali solat untuk sehari semalam…TETAPI masa kita lebih banyak diluangkan untuk perkara-perkara dunia dalam masa sehari semalam itu…

Kerna sudah yakin ke syurga…

                Kita wajibkan diri kita untuk membaca Al-Mulk setiap hari…TETAPI kita tak pernah cuba untuk memahami mahupun menghafal sedikit ayat-ayat Allah…

Kerna sudah yakin ke syurga…

                Kita mengajak orang untuk sentiasa mengingati Allah…TETAPI  kita sering lalai dan tidak memahami kata-kata kita terhadap Allah semasa  bersolat…

Kerna sudah yakin ke syurga…

                Kita suka kerana kita ada usaha untuk menjadi hamba yang taat pada perintah Allah…TETAPI kita tidak pula berusaha untuk menjaga hubungan sesama manusia…

Dan…….

Kerna sudah yakin ke syurga…

                Kita suka menasihati orang lain pada setiap hari…TETAPI….kita pula yang tidak mengamalkan dan sering mengabaikannya…

 Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang…

                Hei khalifah bumi!!!  Hmm…Kadang-kadang kita merasakan diri kita sudah cukup dan serba baik……kadang-kadang,kita berasa kita adalah hamba yang ikut perintah Allah dan berusaha tinggalkan laranganNya….…kadang-kadang,kita berasa yakin amalan kita sudah cukup untuk mendapatkan syurgaNya……..kadang-kadang,kita berasa puas kerana ada perasaan syukur,sabar,rendah diri dalam hari-hari kita………TETAPI..pernah tak kadang-kadang,kita berasa cukup dengan semua perkara tu???Pernah tak kita berasa ragu-ragu dengan keyakinan kita???

                Hei khalifah bumi!!! Aisyah Humaira’ sangat hairan dengan suaminya Rasulullah SAW kerana baginda begitu bersungguh-sungguh dalam beribadah.Kaki dan tumitnya pecah serta bengkak setiap kali baginda mendirikan solatnya…Baginda seringkali menangis setiap kali sujud pada Yang Maha Kuasa…sehingga Aisyah bertanya kepada Rasulullah…

                “Ya Rasulullah,mengapa engkau beribadah sebegitu rupa…sedangkan engkau sesungguhnya sudah pasti akan ke syurga..Bukankah itu janji Allah kepadamu???” kata si Aisyah.

                Lalu Rasulullah menjawab…

                “Salahkah aku untuk menjadi hambaNya yang bersyukur???”

                Itu sahaja jawapan baginda,itu sahaja…Baginda hanya bersyukur kawan-kawan..baginda hanya bersyukur..tetapi syukur baginda kepada Allah itu terlalu tinggi malah lebih daripada taubat kita kepada Allah…Adam menangis selama 300 tahun kerana satu kesalahannya yang memakan pohon yang dilarang,bahkan lebih daripada kita menangis kerana berjuta-juta dosa kita…

                Hei khalifah bumi!!! Agak-agaknya,macam mana dengan kita nanti ye???Adakah benar-benar syurga ,,,dengan amalan kita seperti hari ini????

                                                                                               

n_n

               

               

 

No comments:

Post a Comment